Wednesday, May 12, 2010

**NILAI SEBUAH PERSAHABATAN**

sebaik baik sahabat ialah org yg anda percayai,anda merasai damai dengannya.anda dpt mengadu kesusahan ada kepadanya,ia dpt menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membcorkan rhsia anda....






DOA RABITHAH


"YA ALLAH, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat & menyokong syariatMU, maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya... Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA yang sebenar, Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU, Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU, Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong, YA ALLAH, Perkenankanlah permintaan ini...Amin"

seredup kasihmu!




Ku renung dan fahami maksud tersirat ayat terakhir surah al-baqarah…aku mengulangi ayat 286 sebanyak yang mungkin dan terasa ada sesuatu yang begitu menusuk kalbu..menjentik hatiku dan memaksa mataku menitiskan air mata…tanpa henti..



“Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya.,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”



Mafhumnya…ALLAH akan menguji setiap hambanya berdasarkan kemampuan seseorang itu dan bersandarkan tahap keimanannya .Dan yang pasti para nabi dan rasul suatu ketika dahulu lebih dahsyat dan teruji berbanding umat manusia yang lain…ya ALLAH..ya RABB..sungguh hebat cubaan yang kau timpakan ke atasku….hmmm….lantas diri ini di tahap mana ya ALLAH??IBTILA’ULLAH yang terpaksa aku hadapi..sedikit sebnyak mengajar kpda diri ini..bahawa..tahap imanku masih lemah…aku xberdaya menerima keputusan imtihan SPM09..namun..syukur ke hadrat ILLAHI…kerana menyedarkan aku ikhtibar yang diterima ini walaupun agak berat namun ke percaya bahawa ALLAH itu MAHA KAYA..dan rasa syukur dan insaf bertalu-talu menyelinap di jiwa ini…terasa begitu kerdil diri ini…ku lihat ramai rakan2ku yang lagi hebat menerima cubaan dan dugaan..sedangkan aku…???di duga dengan sebegini rupa..dengan keputusan yg *ok*..aku tidak berupaya untuk menerimanya?astaghfirullah…Daripada ini aku sedar aku harus mengtopupkan amalan2ku..dan lebih tawadduk dan istiqamah dalam melakukan ibadah..
Jadi..wahai shabt2ku..untuk memantapkan keimanan dan keyakinan kita kepada ALLAH banyakkanlah berzikir dengan hati dan lisan yakni kita mendidik diri secara tarbiah ruhiyyah…Maksudnya..apa-apa sahaja yang kita terima mestilah redha pada ALLAH.Jadikan sirah para sahabat,para nabi,para salasusolleh dan para wali ALLAH sebagai panduan dengan cara merenung sejarah perjuangan mereka yang sudah tentunya lebih hebat dan besar daripada kita.
Perjalanan hidup masih jauh..jadi usahalah tnpa jemu….
Kita sering nampak kejayaan pada diri orang lain sehingga terlupa kejayaan yang pernah Allah bagi pada diri kita.Kita kena menghargai setiap kurnia dan ketetapan daripadaNYA.Sememangnya ada hikmah perlu digali..diselidik..direnungi..Pengalaman sepatutnya menjadikan kita lebih berani melangkah bukan menyerah...
;>

::MY PLAYLIST::

wanita solehah


!!!Chat Zone!!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Search This Blog

Followers